JELAJAH KHTP EDU-TOUR : MENGUBAH CARA PELAJAR MELIHAT ‘DUNIA STEM’

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐’๐Š ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐“๐จ๐ค ๐ƒ๐ข๐ค

Siri Jelajah KHTP Edu-Tour (๐˜Œ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜›๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ) diteruskan ke Sek Keb Permatang Tok Dik, Padang Serai dengan penyertaan seramai 455 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga tahun 6.

Sesi taklimat kali ini disampaikan oleh Encik Azhar Abd Hadi, Pengurus Jabatan Kemudahan Perniagaan KTPC. Para pelajar didedahkan dengan pembentukan dan pembangunan semasa di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) serta peluang kerjaya masa hadapan yang ditawarkan.

Turut ditekankan kepentingan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dalam pembentukan bakat bagi memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi terutama di KHTP.

Slot kuiz turut diadakan bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan pemahaman terhadap apa yang disampaikan sepanjang sesi berlangsung. Semoga dengan adanya penglibatan dua hala ini, dapat memberi impak positif kepada para pelajar.

Related Posts

wpChatIcon
Skip to content