๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menjadi tuan rumah bagi sesi libat dengan anjuran bersama Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan Northern Corridor Economy Region (NCER).
Seramai lebih 100 orang pemain industri seluruh Kedah terutama dari Kulim Hi-Tech Park hadir bagi mendapatkan info dengan lebih dekat berkaitan fasilitasi IMFC dan TRACK. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh panel-panel jemputan dari bidang kepakaran berkaitan.
Encik Che Abdul Khalid Md Din, selaku Ketua Pegawai Operasi KTPC telah menyampaikan ucapan aluan. Turut serta Encik Mohd Zaid Abdul Jalil, Ketua Pegawai Kewangan KTPC bagi meraikan majlis.
Semoga sesi libat urus ini dapat memberi kefahaman yang lebih baik serta manfaat kepada semua yang hadir.