๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ข, ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ
Jelajah KHTP Edu-Tour (๐๐ฅ๐ถ๐ค๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ฐ๐ถ๐ณ) kali ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 orang pelajar dari SMK Keladi, Kulim yang disampaikan oleh Puan Maizan Mohd Hassan, Pengurus Kompleks Sukan KHTP.
Antara pengisian adalah memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap pembangunan semasa di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), kepentingan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta peluang kerjaya masa hadapan.
Pelajar yang hadir turut diberi peluang untuk sesi soal jawab bersama bagi mendapatkan maklumat berkaitan peluang dan bidang kerjaya yang menjadi keutamaan industri.
Semoga program ini dapat membuka minda para pelajar tentang kepentingan STEM dan peluang kerjaya masa hadapan yang ditawarkan oleh industri di KHTP.