๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ ๐๐๐๐
KTPC telah diberi peluang kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi Pembangunan dan Pemurnian KPI PKNK. Satu sesi taklimat yang dihadiri oleh YBhg. Datoโ Wira, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Ketua Pegawai Kewangan, Pengurus-Pengurus Kanan, Pengurus, Ketua Bahagian dan Ketua Unit serta Pegawai-Pegawai PKNK bertujuan sebagai pendedahan awal dalam pengurusan prestasi syarikat dan kakitangan.
Sesi taklimat dimulakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, bagi pengenalan kepada โKey Performance Indicatorโ (โKPIโ) dan pentingnya KPI dalam sesuatu organisasi. Beliau juga turut mengulas berkaitan sasaran Pelan Strategik PKNK 2024-2028.
Seterusnya, Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Korporat KTPC, menerangkan kepada peserta berkenaan ciri-ciri asas, kriteria dan kaedah penetapan KPI, selain turut menyentuh berkaitan penurunan KPI daripada โTop Bottomโ.
Puan Suriza Jaafar, Pengurus Jabatan Pemantauan Prestasi KTPC, turut berkongsi pengalaman dalam pengurusan prestasi syarikat dan kakitangan dari langkah pertama perancangan KPI sehingga ke peringkat penilaian akhir KPI. Beliau turut berkongsi akan impak dan keberhasilan pelaksanaan yang dapat dilihat melalui peningkatan prestasi kewangan syarikat.
Lanjutan dari taklimat ini, satu bengkel bagi Pembangunan dan Pemurnian KPI PKNK akan dilaksanakan dijangka hujung Mei 2024. Semoga kerjasama ini dapat memberi nilai tambah dalam mengukuhkan lagi prestasi PKNK selaras dengan Pelan Strategik PKNK 2024 โ 2028.