๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐‡๐ข-๐“๐ž๐œ๐ก ๐๐š๐ซ๐ค (๐Š๐‡๐“๐) ๐๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐™๐จ๐ง ๐”๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐Ÿ‘-๐Ÿ“ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐“๐š๐ฉ๐š๐ค ๐๐ž๐ฌ๐ญ๐š ๐’๐ . ๐๐ข๐›๐จ๐ง๐ , ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku seketeriat Pavilion Kedah bersama agensi-agensi dalam negeri Kedah telah mengambil bahagian sebagai pempamer PMR Zon Utara 2024.

KTPC bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Invest Kedah Berhad dan Majlis Perbandaran Kulim MPKK, di bawah Kluster Perindustrian telah mempamerkan produk dan fasiliti berkaitan agensi masing-masing sebagai pendedahan kepada para pengunjung.

Sepanjang 3 hari program berlangsung, KTPC mengetengahkan pembesaran fasa perindustrian baharu – Fasa 4A dan juga sewaan bangunan dan fasiliti pejabat. Para pengunjung turut diberi pendedahan berkaitan ekosistem KHTP yang menyokong pembangunan mampam di KHTP.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi bersama Ketua Pegawai Korporat, Cik Aida Zainol Abidin berkesempatan hadir bagi melawat reruai KTPC dan juga reruai anak syarikat KTPC, Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd (KAT) yang turut serta sebagai pempamer di bawah Kluster Pendidikan, Pavilion Kedah.

Reruai KTPC turut dilawati oleh Perdana Menteri; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa.

Simbolik kepada hari terakhir program, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan upacara penutup yang disertai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang diadakan di Dewan Utama pada 5 Mei 2024.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua agensi dan Tahniah di atas penganjuran program ini.

Related Posts

wpChatIcon
Skip to content