๐ ๐๐ฉ๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐ฅ, ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐๐, ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ
Sesi libat urus yang dianjurkan oleh Divisyen Pelaburan Luar Negeri MIDA dengan kerjasama JFTECH bertujuan bagi mempromosi negeri Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dalam usaha untuk menarik pelaburan dari syarikat semikonduktor terpilih ke Malaysia.
Negeri Kedah diwakili oleh Invest Kedah Berhad, Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dan Oriental Max Sdn Bhd. Sebanyak 7 syarikat semikonduktor terpilih berteknologi tinggi dari China telah menyertai sesi kali ini bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan demografi, rantaian nilai, serta kelebihan setiap lokasi serta peluang pelaburan yang ditawarkan oleh negeri-negeri ini.
Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Puan Lim Bee Vian, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA. Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, YBhg. Datuk Wira Arham sempat menyantuni peserta pada sesi pagi. KTPC yang diwakili oleh Encik Che Abdul Khalid Md Din, Ketua Pegawai Operasi turut diberi peluang untuk membuat pembentangan mempromosikan Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Ucapan penutup oleh Pn Najihah Abas, Pengarah Eksekutif Promosi Pelaburan MIDA mengakhiri sesi libat urus pada kali ini. Diharapkan sesi ini dapat memberikan pendedahan kepada pelabur berpotensi terhadap peluang pelaburan di Malaysia.