๐๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐
KTPC berbesar hati menerima Lawatan Kerja dari delegasi ๐ป๐ฏ๐ฐ๐น๐ซ ๐ช๐ถ๐ผ๐ต๐ป๐น๐ ๐ป๐น๐จ๐ฐ๐ต๐ฐ๐ต๐ฎ ๐ท๐น๐ถ๐ฎ๐น๐จ๐ด๐ด๐ฌ mewakili negara-negara Afrika ke Kulim Hi-Tech Park. Seramai 15 orang wakil delegasi, diiringi oleh pihak Malaysian Investment Development Authority – MIDA disambut mesra oleh En. Che Abdul Khalid Md Din, Ketua Pegawai Operasi KTPC bersama pengurusan KTPC.
Selaras dengan objektif program, lawatan kerja kali ini dibahagikan kepada 4 sesi yang dimulakan dengan perkongsian berkaitan pengenalan dan pembangunan KHTP yang disampaikan oleh En. Che Abdul Khalid. Sesi perkongsian ini turut membuka peluang interaksi dua hala dalam sesi soal jawab bagi mendapatkan fahaman yang lebih jelas terhadap pengurusan dan perkembangan KHTP.
Seterusnya, delegasi dibawa mengunjungi KHTP Xperience Centre (KXR) bagi merasai pengalaman mengenali KHTP melalui dunia digital. Puan Amni selaku Pegawai KXR, berkongsi bersama delegasi berkaitan komponen-komponen yang terdapat dalam KXR seperti Virtual Reality dan Flytrough.
Lawatan diteruskan lagi dengan membawa delegasi melawat zon-zon industri dan ekosistem sekitar KHTP (KHTP Tour) dengan menaiki bus. Puan Sakeena, Pegawai Komunikasi Korporat mengetuai lawatan dengan memberikan penerangan berkaitan pembangunan dan industri yang terdapat di KHTP.
Di sesi terakhir, lawatan diteruskan ke KHTP Sterilisation Services Sdn Bhd (KSS), anak syarikat KTPC yang menawarkan perkhidmatan pensterilan. En Mustaffa Said selaku Pengarah Eksekutif mengetuai sesi taklimat berkaitan perkhidmatan KSS dan delegasi turut dibawa melawat kawasan operasi bagi melihat dengan lebih dekat proses pensterilan yang dijalankan di KSS.
Terima kasih diucapkan kepada pihak MIDA kerana menjadikan KHTP pilihan bagi kawasan industri dalam program kali ini. Semoga perkongsian yang disampaikan kepada delegasi dapat memberi manfaat dan membuka peluang kerjasama dimasa hadapan.