๐Š๐‡๐“๐ ๐„๐๐ฎ-๐“๐จ๐ฎ๐ซ : ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐€๐ณ๐ฅ๐š๐ง ๐’๐ก๐š๐ก, ๐๐ž๐ก๐ซ๐š๐ง๐ , ๐๐ž๐ซ๐š๐ค

๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐Š๐‡๐“๐

Seramai 62 orang pelajar dari Politeknik Sultan Azlan Shah mengadakan lawatan sambil belajar atau lebih dikenali dengan KHTP Edu-Tour (๐˜Œ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜›๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ) ke Kulim Hi-Tech Park bagi mendapatkan pengalaman pembelajaran luar kelas.

Program KHTP Edu-Tour ini dibahagikan kepada 4 ๐‘โ„Ž๐‘’๐‘๐‘˜๐‘๐‘œ๐‘–๐‘›๐‘ก yang dimulakan dengan taklimat pengenalan kepada KHTP dan Tadbir Urus Bangunan yang disampaikan oleh Ts. Zulkifli Abdul Rahman, Pengurus Jabatan Penyelenggaraan Harta KTPC.

Seterusnya, para pelajar bersama pensyarah pengiring dibawa mengunjungi KHTP Xperience Centre (KXR) bagi merasai pengalaman dunia digital dengan komponen seperti Virtual Reality dan Flytrough.

Lawatan diteruskan lagi ke ๐‘โ„Ž๐‘’๐‘๐‘˜๐‘๐‘œ๐‘–๐‘›๐‘ก ketiga iaitu bilik Building Automation System (BAS Room) bagi melihat dengan lebih dekat sistem yang digunakan dalam mengawal selia bangunan.

Di ๐‘โ„Ž๐‘’๐‘๐‘˜๐‘๐‘œ๐‘–๐‘›๐‘ก terakhir, pelajar didedahkan dengan teknologi solar yang merupakan salah satu initiatif KTPC dalam menyokong teknologi hijau serta penjimatan elektrik. Pelajar dapat melihat sendiri Roof Top Solar di bahagian bumbung KHTP Business Centre.

Semoga sesi KHTP Edu Tour kali ini dapat memberi pengalaman yang lebih dekat disamping membuka minda para pelajar tentang dunia sains dan teknologi digital serta peluang kerjaya masa hadapan yang ditawarkan oleh industri di KHTP.

Related Posts

wpChatIcon
Skip to content