𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (’𝐊𝐏𝐈’) 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (’𝐏𝐊𝐍𝐊’)

𝟏𝟑 – 𝟏𝟒 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐖𝐢𝐬𝐦𝐚 𝐏𝐊𝐍𝐊, 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫

Bengkel Latihan Pembangunan KPI Kakitangan telah berlangsung selama 2 hari dengan penglibatan seramai 170 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Bengkel ini dibahagikan kepada 4 sesi yang dikendalikan oleh Jabatan Pemantauan Prestasi KTPC yang diwakili oleh Puan Suriza Jaafar dan Cik Manisa Nazlin Mohd Arifin. Objektif utama pelaksanaan adalah bagi meningkatkan pemahaman kakitangan PKNK berkenaan Sistem Pengurusan Prestasi yang menyeluruh, pembentukan KPI menggunakan konsep ‘SMART’ serta penetapan sasaran ‘Result-Oriented’.

YBhg. Dato’ Wira Hj. Isahak Bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK turut hadir bersama Ketua Pegawai Operasi, Ketua Pegawai Pentadbiran, Pengurus Kanan, Pengurus-pengurus, Ketua Bahagian, Ketua Unit serta kakitangan PKNK. Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja PKNK yang menunjukkan komitmen yang terbaik sepanjang bengkel berlangsung.

Semoga usaha ini dapat memberi nilai tambah, menyokong Visi dan Misi, serta kecemerlangan PKNK.

wpChatIcon
Skip to content