๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ง๐ค ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Š๐ž ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐‡๐ข-๐“๐ž๐œ๐ก ๐๐š๐ซ๐ค (๐Š๐‡๐“๐)

๐Ÿ๐Ÿ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐Š๐‡๐“๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž
KTPC berbesar hati menerima kunjungan hormat yang diketuai oleh Y.Bhg. Datoโ€™ Marzunisham Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bersama delegasi ke KHTP.
Ketibaan delegasi disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC bersama barisan pengurusan yang lain.
Taklimat dan perkongsian berkaitan pembangunan semasa KHTP telah disampaikan oleh En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Ketua Pegawai Kewangan KTPC kepada delegasi.
Seterusnya, delegasi dibawa melawat galeri digital KHTP Xperience Centre (KXR), bagi mendapatkan pengalaman yang lebih dekat berkaitan KHTP secara maya.
Semoga kunjungan kali ini dapat memberi manfaat serta mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan ekonomi dan pembangunan kawasan industri.

Related Posts

Skip to content