DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Serta Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Yang Ke-80 pada 19 Jun 2022 bersamaan 19 Zulkaedah 1443H.
Semoga KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, bagi memayungi negeri dan seluruh rakyat Kedah dengan syiar Islam.
Sembah Takzim Daripada:
Pengurusan dan Kakitangan Kulim Technology Park Corporation (KTPC)