MAJLIS AMANAT TAHUN BARU 2024

𝟒 𝐉𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏
Kedatangan tahun baru 2024 disambut penuh bersemangat dengan Majlis Amanat Tahun Baru Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC 2024 bertempat di Dewan Ballroom, Kulim Golf & Country Resort.
Seramai 224 orang warga syarikat Kumpulan KTPC hadir bagi mendengar ucapan amanat yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil bin Zabidi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
Majlis dimulakan dengan meraikan pencapaian dan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan diteruskan dengan perkongsian cabaran dan pengajaran yang dihadapi.
Selain memberi perhatian pada strategi dan sasaran 2024, YBhg. Dato’ turut menekankan kepentingan sinergi yang lebih erat antara syarikat Kumpulan KTPC bagi meningkatkan visibiliti dan menyokong ekosistem KHTP.
Majlis ditutup dengan sesi Executive Talk – sesi soal jawab yang dikendalikan oleh barisan pengurusan tertinggi KTPC.
Semoga kedatangan tahun 2024 akan memberikan kepada kita semua satu keazaman dan motivasi untuk menggalas amanah dan tanggungjawab dengan lebih berdedikasi agar dapat meningkatkan pencapaian Kumpulan KTPC.
Skip to content