𝟓 𝐅𝐞𝐛 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏
Program KHTP Edu-Tour (𝘌𝘥𝘶𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘛𝘰𝘶𝘳) merupakan inisiatif Kulim Technology Park Corporation (KTPC) bagi memberi pengalaman pembelajaran luar kelas. Intipati program ini adalah pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah terhadap pembangunan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), kepentingan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta peluang kerjaya masa hadapan.
Hari ini, KTPC menerima kunjungan lawatan sambil belajar seramai 38 orang pelajar Tingkatan 3 dan 4 orang guru pengiring dari SMK Syed Ibrahim, Pendang.
Program KHTP Edu-Tour ini dibahagikan kepada 6 𝑐ℎ𝑒𝑐𝑘𝑝𝑜𝑖𝑛𝑡 yang dimulakan dengan taklimat pengenalan kepada KHTP yang disampaikan oleh Puan Suriza Jaafar, Pengurus Jabatan Pemantauan Prestasi.
Seterusnya, para pelajar dan guru dibawa mengunjungi KHTP Xperience Centre bagi merasai pengalaman dunia digital dengan komponen seperti Virtual Reality dan Flytrough. Lawatan diteruskan lagi ke 𝑐ℎ𝑒𝑐𝑘𝑝𝑜𝑖𝑛𝑡 ketiga iaitu pengenalan ringkas kepada teknologi Drone yang disampaikan oleh KEDAH Digital Centre. Para pelajar diberi pendedahan dan pengalaman mengendalikan drone.
Bagi menarik minat pelajar dalam bidang STEM, pelajar dibawa ke 𝑐ℎ𝑒𝑐𝑘𝑝𝑜𝑖𝑛𝑡 seterusnya, lawatan ke Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd (KAT). Demo robotik dan CNC menjadi tarikan pelajar yang meminati bidang kejuruteraan.
Lawatan diteruskan lagi ke KHTP Sterilisation Services Sdn Bhd (KSS) bagi memberi pendedahan kepada proses pensterilan peranti perubatan. Pelajar dapat melihat sendiri chamber yang digunakan dalam proses tersebut.
Di 𝑐ℎ𝑒𝑐𝑘𝑝𝑜𝑖𝑛𝑡 terakhir, pelajar didedahkan kepada fasiliti sukan seperti futsal, esport dan badminton yang disediakan di KHTP Sports Complex. Kompleks sukan ini merupakan antara kompenan penting dalam membentuk 𝑤𝑜𝑟𝑘 𝑙𝑖𝑓𝑒 𝑏𝑎𝑙𝑎𝑛𝑐𝑒 dalam ekosistem KHTP.
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat memberi pengalaman yang lebih dekat dan membuka minda para pelajar tentang kepentingan STEM serta peluang kerjaya masa hadapan yang ditawarkan oleh industri di KHTP.