BENGKEL JURUAUDIT KUALITI DALAMAN

๐Ÿ๐Ÿ-๐Ÿ๐Ÿ ๐…๐ž๐› ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐…๐š๐ซ๐ฆ๐ฌ๐ญ๐š๐ฒ ๐‘๐ž๐ฅ๐š๐ฎ
Seramai 27 orang peserta terdiri daripada kakitangan KTPC dan anak Syarikat telah mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kualiti KTPC.
Bengkel ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti Audit Dalaman ini dilaksanakan oleh wakil daripada SIRIM STS Sdn Bhd iaitu En. Mohammad Izzat Naqib b. Md Yusof.
Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah bagi menambahbaik dan memahami cara pelaksanaan audit kualiti dalaman menggunakan kaedah pendekatan proses pengauditan.
Selain itu, perlaksanaan bengkel ini adalah bagi menghasilkan satu standard laporan rasmi audit kualiti dalaman KTPC dan anak-anak syarikat untuk memudahkan analisa hasil audit disamping meningkatkan mutu kerja yang lebih berkualiti ke atas proses yang diaudit.
Bagi memantapkan lagi fahaman para peserta, antara aktiviti berkumpulan yang dijalankan sepanjang bengkel adalah:
1. Membangunkan Turtle Diagram berdasarkan proses kerja;
2. Senarai Semak soalan audit berdasarkan Turtle Diagram;
3. Simulasi Mesyuarat Pembukaan Audit;
4. Kaedah Penulisan Laporan Audit Kualiti Dalaman;
5. Kuiz berkaitan ISO 9001:2015; dan
6. Pembentangan Kumpulan
Tahniah kepada pengajur dan semoga bengkel ini dapat membantu para juruaudit dalam merancang, melaksana, melapor dan mengambil tindakan susulan bagi proses audit kualiti dalaman Syarikat Kumpulan KTPC.

Related Posts

wpChatIcon
Skip to content