๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) berbesar hati menerima kunjungan dari para pegawai Bahagian Penyelidikan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Lawatan kerja ini adalah bagi mendapatkan perkembangan terkini pembangunan di KHTP serta sokongan yang diperlukan dalam memastikan pembangunan berterusan seiring dengan kemasukan pelabur. Perkongsian berkaitan pembangunan semasa dan prestasi pelaburan di KHTP disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi selaku GCEO KTPC.
Diharapkan hasil daripada lawatan kerja ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama serta sokongan berterusan dari pihak JPM terhadap pembangunan KHTP.