๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐
Pusat komersial bakal dibangunkan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) bagi memenuhi keperluaan pelabur dan komuniti. Berlokasi di Zon Industri Fasa 3, pusat komersial atau bakal dikenali sebagai Kulim Gateway akan dibangunkan dan dijangka siap menjelang tahun 2027.
Kulim Gateway merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong ekosistem KHTP dengan menyediakan fasiliti dan kemudahan seperti;
– 41 lot kedai
– 3 unit Pandu Lalu
– Hotel bertaraf 4 bintang
Hari ini, Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian diantara The Ascott Limited dan Beaver Properties Group bagi membangunkan hotel Hariss Kulim sebagai salah satu fasiliti hotel premium di Kulim Gateway.
Semoga pembangunan Kulim Gateway dapat memberi impak positif kepada komuniti serta perkembangan pembangunan di KHTP.