๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐
KTPC berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh Tuan Sivasuriyamoorthy Sundara Raja, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Investment Promotion & Facilitation) Malaysian Investment Development Authority – MIDA, diiringi oleh Encik Mohd Rushdan Mohd Ghazali, Pengarah MIDA Kedah/Perlis.
YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC telah berkongsi mengenai pembangunan dan perkembangan semasa serta perancangan masa hadapan KHTP. Disamping itu, kedua-dua pihak turut bertukar pendapat dan buah fikiran dalam memenuhi keperluan kerjasama dan sokongan untuk penambahbaikan keperluan industri di KHTP khususnya.
Semoga kunjungan hormat ini dapat menarik kemasukan pelabur berpotensi baru dan memperkukuhkan lagi kerjasama dalam pembangunkan kawasan perindustrian KHTP.