𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐬 𝐊𝐓𝐏𝐂 𝐊𝐞 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐢

𝟏𝟎 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐌𝐁𝐒𝐏

Seramai 12 orang pegawai dan kakitangan KTPC yang diketuai oleh Tn. Hj. Noor Izam Ishak, Ketua Jabatan Sewaan dan En. Mohd Firdaus Zolkifli, Ketua Jabatan Integriti & Audit Dalaman telah mengikuti Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Kualiti, Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan perkongsian dan maklumat berkaitan Pengurusan Kualiti, terutamanya dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 serta berkongsi pengalaman dari organisasi lain untuk penambahbaikan.

Taklimat dan perkongsian telah disampaikan oleh Pn. Siti Nurhayati bt. Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Korporat dan Pn. Rohanawati bt. Ahmed, Ketua Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Jabatan Korporat (AMR).

Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan hubungan antara dua pihak serta percambahan idea dalam pertukaran pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan kualiti bagi memantapkan lagi pentadbiran syarikat.

Skip to content