𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐂𝐌 𝐄𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜𝐬 𝐂𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝.

𝟏𝟑 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏

Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH diucapkan kepada BCM, anak syarikat milikan penuh Aurelius Technologies Bhd di atas majlis pecah tanah bagi pembinaan fasiliti baharu dikenali sebagai P5, di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) pada hari ini.

Pengurusan tertinggi KTPC, Y.Bhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan diiringi Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Korporat turut hadir bersama bagi meraikan majlis.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.Brs. Tuan Abdul Halim Bin Hassan, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) dan disusuli simbolik penanaman pokok di tapak P5 oleh dif-dif jemputan.

Pembinaan fasiliti P5 yang dijangka siap pada Disember 2024 menyasarkan kepada perkembangan pemasaran industri automotif dan aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT) termaju.

TAHNIAH BCM!

wpChatIcon
Skip to content