๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐–๐š๐ญ๐ฅ๐จ๐ฐ ๐„๐ฅ๐ž๐œ๐ญ๐ซ๐ข๐œ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐.

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐…๐ž๐› ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐ˆ๐™๐ ๐Ÿ‘, ๐Š๐‡๐“๐

Kulim Hi-Tech Park (KHTP) hari ini merakamkan satu lagi momen bersejarah dengan perasmian fasiliti Watlow Electric Malaysia Sdn. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr. Haim Hilman Abdullah yang mewakili YAB Menteri Besar Kedah.

Hadir bersama meraikan majlis, En. Mohd Zaid Abdul Jalil, Ketua Pegawai Kewangan KTPC bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC.

Terletak di Kawasan Perindustrian Fasa 3 (IZP 3) KHTP, Watlow Malaysia merupakan pemain utama dalam rangkaian global yang menyediakan penyelesaian pemanasan industri (industrial heating solution) yang mampu menghasilkan dan menyepadukan penyelesaian terma berprestasi tinggi, termasuk pemanas dan penebat untuk pelbagai industri seperti elektronik, automotif, aeroangkasa dan semikonduktor.

Dengan keluasan fasiliti meliputi lebih 65,000 kaki persegi, dengan anggaran jumlah pelaburan bernilai RM243 juta, ianya memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan produk Watlow di rantau Asia Pasifik serta perkembangan industri pembuatan di KHTP.

Tahniah dan Selamat Datang Watlow ke KHTP!