๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ง๐œ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ง๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐‡๐ข-๐“๐ž๐œ๐ก ๐๐š๐ซ๐ค (๐Š๐‡๐“๐)

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ง๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐Š๐‡๐“๐

KTPC, selaku Pemaju dan Pengurus KHTP, telah mengambil langkah proaktif untuk menyediakan sebuah penempatan khusus untuk pekerja-pekerja industri di KHTP sebagai komitmen terhadap kesejahteraan dan kebajikan pekerja.

Hari ini, YBrs. Tuan Abdul Halim Hassan, YDP PBT TPHTK, hadir bagi menyempurnakan Perasmian dan Serahan Kunci Kompleks Penginapan Pekerja Berpusat KHTP dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC dan YBhg. Datuk Jack Wan, Pengarah Urusan Kujaya Management. Hadir bersama ke majlis perasmian adalah Pengarah MIDA Kedah, Pengarah Hospital Kulim, Ketua Polis Balai KHTP, wakil Pengurusan Kedah Invest, wakil Pengurusan AT&S serta perunding dan konsultan yang terlibat dalam penyiapan projek ini.

Kompleks penginapan ini dibina di atas tanah berkeluasan 2.14 ekar, mengikut standard RBA iaitu Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja, menyediakan 107 unit kediaman yang dapat memuatkan seramai 1,498 pekerja. Selain menyediakan fasiliti tempat tinggal yang selesa, kompleks penginapan ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain
seperti klinik, kedai barangan runcit dan keperluan harian, ruang makan, ruang dobi, kawasan rekreasi dan riadah.

Kompleks Penginapan milik KTPC ini akan diselia dan diuruskan oleh Kujaya Management Sdn Bhd dengan memberi keutamaan kepada pekerja industri tempatan di KHTP selaras dengan objektif dan tujuan pembangunan iaitu untuk meningkatkan produktiviti pekerja industri dengan adanya kemudahan penginapan yang berdekatan dengan tempat kerja dan mengurangkan kesesakan lalulintas dengan pengunaan mod pengangkutan bas yang disediakan secara efektif.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang proses penyiapan projek penginapan pekerja berpusat ini. Semoga kompleks penginapan ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat tinggal, tetapi juga dapat menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi setempat khususnya di Kulim dan secara amnya di Negeri Kedah.

wpChatIcon
Skip to content