๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐Š๐‡๐“๐ ๐„๐๐ฎ- ๐“๐จ๐ฎ๐ซ, ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฌ๐š๐ก ๐๐š๐ค๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐Œ๐ข๐ง๐š๐ญ ๐“๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐๐ข๐๐š๐ง๐  ๐’๐“๐„๐Œ

๐Ÿ‘ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐’๐Š ๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐‰๐ž๐ฅ๐ฎ๐ญ๐จ๐ง๐ , ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ

Siri jelajah KHTP Edu Tour ke SK Taman Jelutong, Kulim telah disertai oleh 244 orang pelajar dari tahun 4, 5 dan 6.

Perkongsian berkaitan pembangunan KHTP telah disampaikan oleh Puan Yusliza Muhamad Yunus dari Ketua Jabatan Kesetiausahaan dari Jabatan Komunikasi KTPC. Seiring dengan objektif KHTP Edu Tour, para pelajar diberi penekanan terhadap kepentingan bidang STEM dalam membentuk kerjaya masa hadapan.

Slot kuiz yang diadakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua peserta dan secara tidak langsung mewujudkan suasana interaktif antara pelajar.

Diharapkan siri jelajah kali ini dapat memberi manfaat serta membuka minda para pelajar terhadap STEM dalam membentuk bakat berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri terhadap peluang kerjaya masa hadapan di KHTP.

Skip to content