๐Š๐‡๐“๐ ๐…๐ข๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐๐ž ๐‚๐ก๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐๐„๐“๐‘๐Ž๐๐€๐’ ๐๐ž๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐จ๐จ๐ญ๐œ๐š๐ฆ๐ฉ (๐๐ƒ๐) ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐”๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 

KTPC amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian dari Program BDB yang julung kalinya dianjurkan di Wilayah Utara. BDB merupakan satu usaha oleh Petronas untuk memastikan graduan tempatan dapat memenuhi tuntutan era digital yang kompetitif di luar sana.

Fireside Chat adalah salah satu pengisian aktiviti dalam program BDB dimana peserta didedahkan dengan pengalaman kerjaya dan kepimpinan dalam alam pekerjaan.

Encik Mohd Zaid Abdul Jalil, Ketua Pegawai Kewangan KTPC telah diberi peluang untuk bersama-sama 100 orang peserta dalam sesi Fireside Chat kali ini. Para peserta diberi pendedahan berkaitan perkembangan KHTP serta peluang untuk membina kerjaya masa hadapan. Selain itu, En. Zaid turut berkongsi pengalaman dan perjalanan kerjaya beliau selama hampir 30 tahun dalam industri.

Semoga perkongsian hari ini bukan sahaja dapat membantu melengkapkan peserta dengan ilmu baharu, malah diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran komunikasi yang berdaya saing sekaligus kebolehpasaran peserta dalam bidang pekerjaan.

Tahniah BDB Campers & Semoga Berjaya Di Alam Pekerjaan!

Skip to content