๐Š๐“๐๐‚ ๐ƒ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š โ€œ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฐ๐‘ช๐‘ถ๐‘ต ๐‘บ๐‘ถ๐‘ผ๐‘ป๐‘ฏ๐‘ฌ๐‘จ๐‘บ๐‘ป ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ 2024โ€

๐Ÿ๐Ÿ– – ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐Œ๐ˆ๐“๐„๐‚, ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ

Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dan Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd (KTECHNO) telah menyertai SEMICON Southeast Asia 2024 (โ€œSEMICON SEA 2024โ€) sebagai pempamer bagi mempromosikan kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park (KHTP) serta program latihan dan pembangunan bakat dan tenaga kerja.

Program ini merupakan persidangan terbesar bagi rantaian bekalan semikonduktor di Asia Tenggara, anjuran SEMI, sebuah persatuan industri yang berpangkalan di Amerika Syarikat dengan 13 pejabat global (lebih 3,000 ahli) bagi industri semikonduktor, mikroelektronik, display dan photovoltaic.

Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini berjaya menghubungkan decision makers, pempamer produk yang berdaya saing termasuk program pembangunan tenaga kerja dan bakat melibatkan tren pasaran dan teknologi terkini yang berkaitan.

Reruai KTPC yang bertempat bersebelahan dengan reruai Malaysian Investment Development Authority – MIDA telah mendapat perhatian dengan kehadiran YB. Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor ke reruai.

Dengan penglibatan lebih 500 syarikat semikonduktor dan berkaitan dari serata dunia, persidangan ini telah membuka peluang dan ruang kepada KTPC dalam mendapatkan maklumat terkini tren industri dan prospek melalui sesi forum yang disediakan, serta pengukuhan rangkaian KHTP di peringkat antarabangsa.

Skip to content