๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh YBrs. Pn. Sunita binti Abdul Aziz, Yang DiPertua PBT TPHTK yang baharu, diiringi oleh En. Ahmad Fayadh Bin Abdul Manap, Setiausaha PBT TPHTK.
YBhg. Dato’ Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC telah memberi taklimat pembangunan serta perancangan masa hadapan Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Disamping itu, kedua-dua pihak turut berkongsi pendapat dan buah fikiran bagi keperluan kerjasama dan sokongan bagi penambahbaikan masa hadapan.
Semasa sesi kunjungan, YBhg Dato’ turut menyerahkan replika cek kepada YDP bagi simbolik pembayaran Cukai Taksiran Penggal Pertama 2025 Bangunan Sedia Ada Milik KTPC dan Hartanah Pemilikan KTPC berjumlah RM164,013.25 sahaja.
YDP turut dibawa melawat ke galeri digital KHTP Xperience Centre (KXR) bagi mendapatkan pengalaman lebih dekat berkaitan KHTP secara maya.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara PBT TPHTK dan KTPC dalam memperkukuhkan lagi pembangunkan kawasan perindustrian KHTP.