๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐‘ป๐’“๐’‚๐’…๐’† ๐‘น๐’†๐’‘๐’“๐’†๐’”๐’†๐’๐’•๐’‚๐’•๐’Š๐’—๐’† ๐’๐’‡ ๐’•๐’‰๐’† ๐‘น๐’–๐’”๐’”๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ญ๐’†๐’…๐’†๐’“๐’‚๐’•๐’Š๐’๐’ ๐’Š๐’ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ ๐ค๐ž ๐Š๐‡๐“๐

๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐Š๐‡๐“๐

Kulim Technology Park Corporation (KTPC) hari ini telah menerima kunjungan hormat dari delegasi perwakilan yang diketuai oleh En. Nikita Ponomarenko.

Tujuan kunjungan ini adalah bagi meneroka peluang kerjasama dalam menarik pelabur-pelabur berteknologi tinggi dari Rusia ke Kulim Hi-Tech Park, selain membincangkan potensi pasaran dalam sektor pengeluaran dan pembuatan dari Rusia ke Malaysia.

Delegasi telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi KTPC, En. Che Abdul Khalid Md Din. Selain taklimat pembangunan KHTP, delegasi turut dibawa melawat ke galeri digital, KHTP Experience Centre.

Semoga kunjungan hormat ini dapat memberi manfaat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia – Rusia serta membuka peluang kepada kemasukan pelabur-pelabur baharu yang berkualiti ke KHTP.

Related Posts

Skip to content