𝟕 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) selaku pengurus dan pemaju Kulim Hi-Tech Park (KHTP) berbesar hati menerima kunjungan daripada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah dan Pengerusi Majlis TVET Negara bagi Lawatan Kerja ke KHTP.
Ketibaan delegasi YAB Timbalan Perdana Menteri di sambut oleh YB Dr. Haim Hilman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pegerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi) bersama Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, Pegawai-Pegawai Tinggi Negeri daripada agensi-agensi yang berkenaan serta Pelabur-Pelabur industri di KHTP Business Centre.
Sebagai pembuka acara, YAB Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan nama KHTP Skills Centre yang diuruskan oleh anak syarikat KTPC, (KTechno). Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 150 org pelatih yang merupakan pelatih tajaan Kerajaan Persekutuan.
Seterusnya, delegasi dibawa melawat ke sekitar kawasan KHTP dengan menaiki Coach yang dimulakan dengan Zon-Zon Industri dan kesemua zon yang menyokong ekosistem KHTP sebagai sebuah Kawasan Industri Bersepadu. Para delegasi turut mendapat pengalaman yang lebih dekat dalam meninjau pembangunan dan perkembangan industri di KHTP.
Lawatan diteruskan lagi ke Dewan Ballroom,Kulim Golf Club untuk bersama lebih 250 orang pemegang taruh yang terdiri daripada pelabur KHTP dan penyedia latihan dalam sesi ‘Bicara Bakat’. Sesi dimulakan dengan Taklimat Perancangan dan Pembangunan KHTP yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC.
Hasrat dan objektif sesi bicara dua hala ini adalah bagi membolehkan YAB Timbalan Perdana Menteri mendapatkan maklumbalas dan gambaran secara terus daripada pelabur-pelabur industri di KHTP berkenaan persoalan keperluan dan kemampuan tenaga kerja teknikal agar sejajar dengan program yang disediakan oleh Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (‘TVET’) bagi menampung keperluan industri khususnya di KHTP, dan amnya di Malaysia.
Sesi interaksi yang positif semasa sesi ‘Bicara Bakat’ ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pemegang taruh dalam memfokuskan kepada inisiatif untuk melahirkan dan meningkatkan keupayaan bakat teknikal di Malaysia.