๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐จ๐ญ๐๐ฅ ๐๐ข๐ฅ๐ญ๐จ๐ง, ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ
Seramai 29 orang yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Malaysian Investment Development Authority – MIDA YBhg. Datuk Sikh Shamsul Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengarah dan Pegawai MIDA hadir sebagai jemputan khas ke Majlis Berbuka Puasa anjuran KTPC.
Penganjuran majlis ini adalah bagi mengeratkan kerjasama antara KTPC dan MIDA serta sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan MIDA dalam memudahcara urusan pelaburan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC, barisan Pengurusan Tertinggi dan Pengurus Jabatan bersama meraikan jemputan pada majlis ini.
Semoga jalinan kerjasama ini bertambah kukuh bagi memastikan perkembangan masa hadapan KHTP.