๐๐ ๐๐ฉ๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ฌ ๐๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐๐ฑ
Syawal tahun ini diraikan penuh makna dengan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan KTPC 2024 yang berlangsung di KHTP Sports Complex .
Hampir 1,500 orang tetamu yang hadir terdiri daripada Pelabur dan Penyewa di KHTP, Jabatan-jabatan Kerajaan, Agensi-agensi Teknikal, Institusi Pendidikan dan Perbankan serta pemegang taruh syarikat Kumpulan KTPC.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi KTPC yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis pada hari ini.
Semoga majlis ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara KTPC selaku pemaju dan pengurus KHTP dengan seluruh pemegang taruh yang sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan KHTP.
Ramadan kini berlalu pergi,
Syawal dirai seindah pelangi,
Salam dihulur seikhlas hati,
Sucikan jiwa di Aidilfitri.
๐ต๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐!