๐๐ ๐๐ข๐ฌ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐ฅ๐ฎ๐
Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dan KTPC Resort Development Sdn Bhd (KRDSB) telah menandatangai perjanjian jual beli tanah bersama Nexel Development KHTP Sdn Bhd (Nexel). Tanah berkeluasan 9.608 ekar akan dibangunkan projek pembangunan bercampur termasuk fasiliti hotel, kondominium, dan pembangunan kormesial yang lain.
Projek pembangunan bercampur yang dipercayai bakal menjadi antara โProjek Ikonikโ di dalam Kulim Hi-Tech Park (KHTP) akan dibangunkan secara berfasa dalam tempoh enam tahun bermula awal tahun 2025.
Selaku pengurus dan pemaju KHTP, KTPC amat menyokong pembangunan ini bagi memenuhi permintaan dan keperluan para tenaga kerja mahir, termasuk ekspatriat bagi kemudahan kediaman dan fasiliti komersial di dalam KHTP.
Tahniah & Selamat Datang Nexel ke KHTP!