๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) menandatangani perjanjian jual beli tanah bersama Upper House Kulim Sdn Bhd, anak syarikat kepada Upper House Hotels Sdn Bhd (UHSB) bagi tanah berkeluasan 13,656 kaki persegi di KHTP Admin Centre.
Pembangunan hotel 4 tingkat bertaraf 3-4 bintang menampilkan hampir 100 bilik dengan 4 jenis bilik dan suite yang direka untuk keselesaan pengunjung.
Antara tarikan fasiliti hotel termasuk Al-Fresco Dining, F&B Shop, Gymnasium, Spa, Rooftop Swimming Pool, Meeting Room serta ruang acara serba lengkap untuk majlis korporat dan sosial. Inisiatif ini adalah bagi melengkapkan ekosistem dalam memenuhi permintaan dan keperluan pemain industri bagi kemudahan fasiliti komersial di dalam KHTP.
Projek pembangunan hotel ini akan dibangunkan dalam tempoh 18bulan dan dijangka bermula pada suku tahun ketiga 2025. Dengan reka bentuk moden, kemudahan eksklusif, โThe Upper House Hi-Techโ bersedia untuk menjadi pilihan terbaik bagi pengunjung perniagaan di KHTP.