๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š๐š๐ง ๐‚๐Š๐ƒ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐’๐๐ง ๐๐ก๐

๐Ÿ๐Ÿ ๐๐จ๐ฏ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐ˆ๐™๐ ๐Ÿ‘, ๐Š๐‡๐“๐

CKD Malaysia Sdn Bhd telah melakar sebuah lagi kejayaan dengan perasmian pembukaan fasiliti baharu yang dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. Hadir bersama YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC diiringi En. Che Abdul Khalid Md Din, Ketua Pegawai Operasi KTPC serta dif-dif jemputan yang lain.

CKD mula bertapak di Malaysia pada tahun 1984, dan bersempena ulangtahun ke 40, pembukaan fasiliti baharu di Kulim Hi-Tech Park ini menunjukkan keyakinan terhadap pelaburan dalam industri pembuatan di Malaysia.

Dengan keluasan kawasan seluas 80,000 meter persegi, sebanyak 16,000 meter persegi telah dikhaskan bagi kawasan operasi pembuatan dalam pengeluaran Komponen Pengawal Gas dan Sistem Penyampaian Gas Terintegrasi.

Semoga dengan pembukaan fasiliti pembuatan baharu ini dapat menyokong perkembangan ekonomi serta membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada komuniti.

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐‚๐Š๐ƒ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š!

Related Posts

wpChatIcon
Skip to content