𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐸𝑛ℎ𝑎𝑛𝑐𝑖𝑛𝑔 𝑆𝑒𝑟𝑣𝑖𝑐𝑒 𝑉𝑎𝑙𝑢𝑒 𝐶ℎ𝑎𝑖𝑛 – 𝐴 𝑃𝑟𝑖𝑣𝑎𝑡𝑒 𝐻𝑜𝑠𝑝𝑖𝑡𝑎𝑙’𝑠 𝐸𝑥𝑝𝑒𝑟𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒

𝟏𝟖 𝐉𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏
KHTP Bio Analytical Laboratory Sdn. Bhd. (KBIO) merupakan anak syarikat milikan penuh KTPC dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu bersama kakitangan.
Ucaptama disampaikan oleh Puan Husniyah Yahaya selaku Pengarah Eksekutif KBIO. Beliau menyatakan objektif utama penganjuran sesi ini adalah untuk mempertingkatkan semangat daya usaha dikalangan kakitangan Syarikat. Hal ini dapat membantu dalam memastikan visi dan misi syarikat dapat dicapai sebagaimana sasaran yang telah ditetapkan.
Seterusnya sesi perkongsian ilmu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pulau Pinang, Encik Zabidi Hj Abdul Razak, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah KBIO. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan resepi kejayaan yang diraih KPJ Pulau Pinang khasnya dengan semua kakitangan.
Antara intipati utama perkongsian yang dapat dirumuskan adalah:
1. Penghayatan dan pemahaman berkenaan visi & misi syarikat akan memberi panduan gerak kerja pasukan yang mantap;
2. Proses kerja yang praktikal membantu dalam meningkatkan produktiviti pengurusan;
3. ⁠Kakitangan dan pengurusan perlu bersikap terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan dari semua kakitangan;
4. Sentiasa berfikiran positif / fokus untuk menghasilkan kerja yang berkualiti;
5. Sentiasa tenang dan dekati pelanggan cara yang betul; dan
6. Sentiasa cabar diri untuk lakukan yang terbaik dan mempunyai inisiatif utk majukan diri, kumpulan dan Syarikat.
Semoga sesi perkongsian ini dapat memberikan impak positif kepada semua kakitangan dan syarikat khasnya.
Skip to content