๐’๐ข๐ซ๐ข ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐“๐๐‚ ๐๐ข ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐”๐ˆ๐€๐Œ)

๐Ÿ• ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐€ ๐Š๐Ž๐„, ๐”๐ˆ๐€๐Œ

KTPC bersama Persatuan Siswa Anak Kedah (PESAK) UIAM telah menganjurkan Program Santai Kampus dengan hampir 70 orang mahasiswa UIAM dari jurusan kejuruteraan dan berkaitan.

Cik Aida Zainol Abidin, Ketua Pegawai Korporat KTPC, merangkap Pengarah Eksekutif Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd telah membuat perkongsian selaku speaker utama. Antara pengisian adalah berkaitan pembangunan dan perkembangan semasa KHTP serta peluang kerjaya yang menjadi keutamaan industri khasnya dalam bidang kejuruteraan.

Bagi memberi impak yang lebih besar kepada mahasiswa yang hadir, KTPC turut menampilkan speaker jemputan dari industri iaitu Cik Wan Nabilah Ahmad Kamal, Eksekutif Kanan Sumber Manusia yang merupakan Alumni UIAM dan kini berkhidmat dengan Teleflex Kulim. Pengalaman beliau dalam membina kerjaya di KHTP serta tips dari perspektif majikan yang dikongsikan menjadi pembuka mata pada semua yang hadir.

Diharapkan usaha KTPC dalam siri Jelajah Santai Kampus ini dapat mengukuhkan jaringan kerjasama antara akademia dan industri dalam membentuk jurutera masa hadapan di KHTP!

Related Posts

Skip to content