๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ | ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐๐จ๐ฅ๐ & ๐๐จ๐ฎ๐ง๐ญ๐ซ๐ฒ ๐๐๐ฌ๐จ๐ซ๐ญ
โTeh Tarik Session with YB Dr Haim Hilman bin Abdullahโ telah diadakan pada 14 Jun 2024 bertempat di Kulim Golf & Country Resort dengan penyertaan daripada 5 pelabur industri berikut:
1) INTEL MALAYSIA; Encik Amran bin Mohamad Dom (Community Relations Director);
2) SILTERRA; Encik Tahir Hamdan (Sr Director | Corporate Communications & EHS-ESG);
3) FUJI ELECTRIC; Encik Muhazir Md Zaid (Deputy General Manager);
4) HOYA ELECTRONICS; Ms Misa Murata (Finance Director); dan
5) OSRAM: Dr. David Lacey (Director Advanced Development & Services, Research & Development).
Pengurusan Tertinggi KTPC diwakili oleh Y.Bhg. Datoโ Hj Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Encik Che Abdul Khalid bin Md Din, Ketua Pegawai Operasi.
Turut hadir bersama, Encik Amirul Adzha Bin Sollehhuddin, Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dan Encik Noor Ikhsan Bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah Berhad.
Objektif utama program adalah sebagai platform perkongsian maklumat dan pandangan berkaitan pembangunan Kulim Hi-Tech Park, antaranya inisiatif modal insan, ketersediaan utiliti dan program – program CSR.