๐ฎ๐ฑ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐ช๐ถ๐๐บ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐๐น ๐๐บ๐ฎ๐ป
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah.
Tujuan utama kunjungan diadakan adalah bagi memberi taklimat pembangunan serta perancangan masa hadapan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC.
Di samping itu, kedua-dua pihak turut berkongsi pendapat dan buah fikiran bagi tujuan penambahbaikan.
Diharapkan kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara PTG Kedah dan KTPC, serta memperkukuhkan lagi pembangunkan kawasan perindustrian KHTP di masa hadapan.