๐ฎ๐ฑ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐ช๐ถ๐๐บ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐๐น ๐๐บ๐ฎ๐ป
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah.
Kedatangan deligasi KTPC disambut mesra oleh YB. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah.
Pembentangan dan perkongsian berkaitan pembangunan serta perancangan masa hadapan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC semasa sesi kunjungan.
Dengan adanya sesi percambahan idea secara dua hala ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi kemajuan KHTP di masa hadapan.