๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐
KTPC berpeluang untuk berkongsi berkaitan pembangunan semasa dan peluang membina kerjaya di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) bersama pelajar-pelajar dari Albukhary International University.
Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar terutama dari luar negara berkaitan perkembangan pelaburan di Malaysia khasnya di KHTP serta industri berteknologi tinggi sedia ada.
Delegasi pelajar telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Korporat KTPC, Cik Aida Zainol Abidin dan seterusnya taklimat disampaikan oleh Cik Norkhairiyah Anuar dari Jabatan Jualan dan Perkhidmatan Pelabur. YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, GCEO KTPC turut berkesempatan menyantuni delegasi sebelum “KHTP Park Tour”.
Selesai taklimat dan sesi soal jawab, delegasi dibawa melawat sekitar kawasan KHTP bagi melihat dengan lebih dekat industri yang berada dalam KHTP serta pembangunan yang sedang dijalankan. Delegasi turut melawat ke KHTP Sports Complex dan Kulim Golf & Country Resort, yang merupakan antara fasiliti riadah yang disediakan kepada para pelabur dan komuniti KHTP bagi menyokong “work life balance”.
Diharapkan lawatan kali ini dapat menbuka minda para pelajar berkaitan perkembangan industri berteknologi tinggi, ekonomi semasa, serta peluang kerjaya masa hadapan yang ditawarkan oleh industri di KHTP.