KHTP JOB FAIR 2024

๐Ÿ— ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐Š๐‡๐“๐ ๐’๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ๐ฌ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ฑ

Pameran kerjaya KHTP Job Fair x MyFutureJobs hari ini menawarkan lebih daripada 3,000 peluang pekerjaan dengan jumlah penglibatan 20 majikan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Ustazah Hjh. Siti Ashah Hj. Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, diiringi oleh YBhg. Tuan Abdul Halim Hassan, Yang Dipertua PBT TPHTK, YBhg. Datoโ€™ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC serta dif-dif jemputan.

KTPC selaku Rakan Kerjasama Strategik program amat menyokong dalam pembangunan sumber insan yang berkualiti dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja khasnya di KHTP.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi-agensi dan para majikan yang telah memberikan komitmen serta kerjasama bagi menjayakan program pada kali ini.