KUNJUNGAN HORMAT KONSULAT JENERAL REPUBLIK RAKYAT CHINA DI PULAU PINANG KE KHTP

𝟐𝟗 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏
Kunjungan delegasi dari Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang hari ini disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC.
Tujuan kunjungan ini adalah bagi meneroka perkembangan semasa syarikat-syarikat dari China yang berada di KHTP.
En Che Abdul Khalid Md Din selaku Ketua Pegawai Operasi KTPC turut berkongsi bersama delegasi berkaitan pengalaman dan pembangunan semasa di KHTP serta perkhidmatan sokongan terhadap pelabur sedia ada.
Delegasi turut dibawa melawat sekitar kawasan KHTP bagi mendapatkan pegalaman yang lebih dekat tentang KHTP. Semoga hubungan baik dua hala antara KHTP dan China dapat menyakinkan para pelabur baharu terhadap KHTP.
Skip to content