𝟗 𝐉𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏
KTPC berbesar hati menerima kunjungan dari delegasi Negeri Terengganu yang diketuai oleh YB Mohd Nurkhuzaini Bin Ab Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau bersama agensi-agensi negeri yang berkaitan ke KHTP.
Lawatan kerja ini bertujuan bagi memahami kaedah pengurusan di KHTP bagi tujuan penilaian cadangan pembangunan kawasan industri di Terengganu. Disamping meneroka teknologi serta idea baru yang dilaksanakan di KHTP, delegasi turut mendapatkan penerangan berkenaan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh KTPC selaku pemaju & pengurus KHTP.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi KTPC, Encik Che Abdul Khalid Md Din bersama barisan pengurusan tertinggi KTPC.
Diharapkan sesi percambahan idea dua hala ini menjadi langkah awal untuk kedua-dua pihak menjalin kerjasama industri untuk kemajuan masa hadapan.