LAWATAN KERJA KE JAMBATAN KEDUA SDN. BHD. (JKSB)

𝟏𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐉𝐊𝐒𝐁
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) telah berpeluang mengadakan kunjungan bagi lawatan kerja ke Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Delegasi KTPC terdiri daripada 9 orang kakitangan Divisyen Pembangunan Tanah yang diketuai oleh Ts. Mohd Azrulfitri Mohd Yusof disambut mesra oleh Tuan Ir. Azman Abd Rashid, Ketua Jambatan & Unit Lebuhraya dan En Nor Azman Mohamed Arshad selaku Penolong Pengurus Kewangan & Pembangunan Perniagaan.
Lawatan ini adalah bertujuan bagi menimba pengalaman dari JKSB dalam penyediaan dan pembinaan infrastruktur. KTPC turut mengambil peluang ini untuk berkongsi berkaitan perkembangan dan pembangunan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Semoga dapatan dari lawatan kerja ini dapat membuka peluang kepada idea-idea baharu dalam memantapkan penyediaan infrastruktur dalam KHTP.
Skip to content