LAWATAN KERJA OLEH PENGERUSI, LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)

𝟐𝟖 𝐅𝐞𝐛 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐊𝐇𝐓𝐏
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) berbesar hati menerima kunjungan dari YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mahbob bersama delegasi MIDA Kedah ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) hari ini. Hadir bersama mengiringi delegasi; YB. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi Dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah serta Pengurusan Invest Kedah Berhad.
Lawatan kerja ini merupakan salah satu pendekatan bagi mendapatkan perkembangan terkini kawasan perindustrian KHTP dan membuka peluang bagi percambahan idea antara agensi dalam memajukan lagi sektor pelaburan di Kedah, khasnya di KHTP.
Perkongsian berkaitan pembangunan semasa dan prestasi pelaburan di KHTP disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi selaku GCEO KTPC. Dalam tempoh 5 tahun kebelakang ini, dapat dilihat lanskap sektor pembuatan di KHTP telah melalui perubahan yang amat positif. Oleh itu, KTPC hari ini bukan sekadar pemaju, tetapi turut bertanggungjawab menyediakan ekosistem yang lengkap bagi memenuhi keperluan para pelabur.
Diharapkan hasil daripada lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama serta sokongan berterusan dari pihak MIDA terhadap pembangunan di KHTP.
Skip to content