๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—ง๐—ฃ๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

 

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—ง๐—ฃ๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—•๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ

Minggu Kualiti KTPC 2023 telah melabuhkan tirai dan dimeriahkan dengan Majlis Penutup yang dihadiri lebih 80 orang kakitangan Kumpulan KTPC.
Majlis dimulakan dengan ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฝ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—  ๐—ค๐—”๐—ฆ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น berkaitan dengan Pengenalan kepada Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ISO 37001) yang disampaikan oleh En. Mohd Azrul Hassan.

Tujuan perkongsian maklumat ini adalah bagi memupuk kesedaran kepada kakitangan serta memperkukuhkan sistem kawalan dalaman syarikat bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambahbaik langkah pengurusan anti rasuah.

Majlis diteruskan lagi dengan ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ต bagi Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan juga Pertandingan Q Race 2023.

Hadiah bagi ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ค ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฒ disampaikan oleh En. Noor Izam Ishak; Pengurus Jabatan Sewaan kepada 10 Kumpulan yang mendapat saguhati RM100.00 . Tempat pertama diungguli oleh Kumpulan Ace (RM400.00), Tempat Kedua Kumpulan Teletubbies (RM300.00) dan Kumpulan Chox Panneyqoum di tempat ketiga.

Seterusnya, bagi ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—œ๐—ž, sebanyak 7 kumpulan mendapat saguhati RM500.00 dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh En. Azhar Abd Hadi; Pengurus Jabatan Kemudahan Perniagaan. Pemenang bagi Kategori Penjimatan Kos Syarikat, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Chox Kreya yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,000.00 beserta sijil penyertaan. Manakala Kumpulan KTechno A telah mendapat tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM1,000.00 berserta sijil. Bagi Kategori Peningkatan Produktiviti Proses Kerja Sedia Ada, Kumpulan Bekerja Dengan Bijak telah meraih tempat pertama disusuli oleh Kumpulan Kuassa di tempat kedua.

Semoga Program Minggu Kualiti KTPC ini dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan dalam meningkatkan produktiviti kerja selain memupuk kerja secara berpasukan.

๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’†๐’Ž๐’–๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’•๐’†๐’“๐’๐’Š๐’ƒ๐’‚๐’•!

Skip to content