PKNK & MB CHARITY RIDE 2024

𝟏𝟕 𝐅𝐞𝐛 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah menganjurkan kayuhan amal bersama Menteri Besar Kedah dan warga kerja syarikat perbadanan.
Kayuhan bermula pada 7.30 pagi di Pantai Merdeka Beach Resort yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Kedah dan YBhg Ketua Pegawai Eksekutif PKNK bersama lebih 180 peserta terdiri daripada warga kerja PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK.
Seramai 9 orang wakil dari Kulim Technology Park Corporation (KTPC) hadir sebagai peserta dan berjaya melengkapkan kayuhan sejauh 27.4km.
Selain dapat mendekatkan diri peserta bersama komuniti setempat, pengisian utama program kayuhan ini adalah bertujuan untuk pemberian wakalah kepada para penerima di dua hentian iaitu di Masjid As-Syakirin Mukim Haji Kudong dan Masjid Jamek Tuan Yusuf.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan TERIMA KASIH Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di atas jemputan dan penganjuran program yang hebat ini!
Skip to content