๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฎ๐๐ซ ๐๐จ๐๐๐ค
Majlis penyampaian bantuan persekolahan ‘Program Kembali ke Sekolah 2024′ hari ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Azman Bin Hj. Nasrudin, Ahli Parlimen Padang Serai dengan diiringi oleh Cik Noorhayda Mohd Noor, Pengurus Jabatan Pentadbiran KTPC.
Objektif utama program ini adalah bagi meringankan beban ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Seramai 100 penerima yang layak menerima sumbangan dalam bentuk kupon bernilai RM100. Kesemua penerima terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan, khususnya yang mempunyai tanggungan yang ramai serta pandapatan isi rumah yang sedikit.
Semoga sedikit sumbangan dari KTPC ini dapat membantu masalah keciciran pelajar disebabkan faktor kewangan serta dapat memberikan pengalaman pendidikan yang lebih baik.