TELCO CUSTOMER DAY

๐Ÿ” ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐†๐จ๐ฅ๐Ÿ & ๐‚๐จ๐ฎ๐ง๐ญ๐ซ๐ฒ ๐‘๐ž๐ฌ๐จ๐ซ๐ญ
Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dan Yiked Bina Sdn Bhd (YBSB) menganjurkan Telco Customer Day bersama para pelabur di Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Pengajuran program ini adalah untuk mengumpul maklum balas dan menangani sebarang permasalahan berkaitan telekomunikasi di kawasan KHTP.
Encik Mustafa Said selaku Ketua Pegawai Hartanah KTPC telah menyampaian ucapan aluan dan diikuti dengan pembentangan ringkas berkaitan pembangunan di KHTP oleh Ts. Mohd Azrulfitri Mohd Yusof, Pengurus Kanan Divisyen Pembangunan Tanah KTPC. Seterusnya, Yiked Bina Sdn Bhd, sebagai rakan kongsi penggunaan telekomunikasi terkemuka di Kedah, memberi penerangan kepada para peserta program berkaitan inisiatif, projek dan rancangan masa depan dalam perkhidmatan telekomunikasi khasnya di KHTP.
Selain syarikat pelabur yang hadir iaitu SilTerra, Schott Glass, Hoya, Celestica dan Fuji Electric, hadir bersama rakan telekomunikasi seperti CelcomDigi, Maxis, Umobile, YTL, dan TM untuk berkongsi pandangan tentang cara menanagi isu telekomunikasi dan nilai tambah ke arah meningkatkan ketersambungan digital dalam komuniti KHTP.
Sesi meja bulat yang interaktif amat membantu para peserta dalam bertukar pandangan, berkongsi idea dan menangani sebarang pertanyaan atau cabaran yang dihadapi oleh para pelabur. Diharapkan penganjuran program sebegini dapat memberikan peluang dalam meneroka idea dan penyelesaian secara kolektif untuk membentuk masa depan perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik di KHTP.

Related Posts

wpChatIcon
Skip to content