๐๐ โ ๐๐ ๐๐จ๐ฏ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ ๐๐๐๐, ๐๐ฅ๐จ๐ซ ๐๐๐ญ๐๐ซ
Bengkel Latihan Pembangunan KPI Kakitangan telah berlangsung selama 2 hari dengan penglibatan seramai 170 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Bengkel ini dibahagikan kepada 4 sesi yang dikendalikan oleh Jabatan Pemantauan Prestasi KTPC yang diwakili oleh Puan Suriza Jaafar dan Cik Manisa Nazlin Mohd Arifin. Objektif utama pelaksanaan adalah bagi meningkatkan pemahaman kakitangan PKNK berkenaan Sistem Pengurusan Prestasi yang menyeluruh, pembentukan KPI menggunakan konsep โSMARTโ serta penetapan sasaran โResult-Orientedโ.
YBhg. Datoโ Wira Hj. Isahak Bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK turut hadir bersama Ketua Pegawai Operasi, Ketua Pegawai Pentadbiran, Pengurus Kanan, Pengurus-pengurus, Ketua Bahagian, Ketua Unit serta kakitangan PKNK. Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja PKNK yang menunjukkan komitmen yang terbaik sepanjang bengkel berlangsung.
Semoga usaha ini dapat memberi nilai tambah, menyokong Visi dan Misi, serta kecemerlangan PKNK.