๐๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ง๐ช๐ฎ๐๐ญ, ๐๐๐
Siri jelajah kampus bersama KTPC diteruskan kali ini ke Universiti Teknologi Malaysia. Lebih 130 orang mahasiswa UTM dari jurusan kejuruteraan hadir bagi mendapatkan pendedahan berkaitan peluang kerjaya yang ditawarkan oleh industri di Kulim Hi-Tech Park.
Selaku speaker utama, YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC berkongsi berkaitan pembangunan dan perkembangan semasa KHTP. Turut ditekankan dalam perkongsian adalah peluang kerjaya yang menjadi keutamaan industri berteknologi tinggi khasnya dalam bidang kejuruteraan. Selain itu, bagi menarik minat untuk membina kerjaya di KHTP, dikongsikan manfaat pekerja serta kelebihan fasiliti yang ditawarkan oleh syarikat multinasional dalam membentuk budaya kerja ๐ค๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐.
Siri jelajah kali ini membawakan speaker dari industri iaitu Encik Lai Yit Pin, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐ ๐๐๐ ๐ธ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐ก๐๐. Beliau merupakan Alumni UTM yang kini bekerja lebih 7 tahun di Intel Kulim. Perjalanan membina kerjaya dalam bidang kejuruteraan serta pengalaman yang dikongsikan amat menarik perhatian semua yang hadir.
Para mahasiswa berpeluang untuk berinteraksi dalam suasana santai bersama speaker bagi membincangkan persoalan berkaitan kerjaya kejuruteraan. Mereka turut bertukar pandangan berkaitan keperluan industri terhadap modal insan berkemahiran tinggi semasa sesi soal jawab.
Diharapkan usaha KTPC turun padang bersama para mahasiswa UTM kali ini, dapat membuka minda terhadap peluang kerjaya yang ditawarkan oleh lebih 50 syarikat Multinasional di KHTP. Semoga dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada bakal jurutera masa hadapan.
Nantikan Siri Jelajah Kampus bersama KTPC akan datang!