๐๐ ๐๐ฉ๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐
Usai Majlis Perasmian Pembukaan Eolane Malaysia, Menteri Besar Kedah, YAB Datoโ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor telah mengadakan kunjungan serta lawatan kerja bertujuan untuk mengikuti perkembangan terkini KTPC dan syarikat kumpulan serta pembangunan sekitar kawasan industri.
Lawatan dimulakan dengan lawatan tapak zon perindustrian baharu di Zon Perindustrian Fasa 4A (IZP 4A), diiringi oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil Zabidi, GCEO KTPC bersama barisan pengurusan tertinggi KTPC. Kawasan perindustrian berkeluasaan 255 ekar ini menjadi tarikan bagi kemasukan pelaburan baharu ke KHTP.
Seterusnya, YAB dibawa melawat ke KHTP STERILISATION SERVICES SDN. BHD. yang merupakan salah satu anak syarikat KTPC bertempat di IZP 1 bagi melihat sendiri proses dan fasiliti pensterilan yang disediakan oleh KSS.
Turut serta bersama YAB dalam lawatan ke unit contoh Residensi Pekerja (CLQ) adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datoโ Seri Haji Norizan Khazali dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datoโ Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin. CLQ merupakan salah satu kemudahan penempatan pekerja bagi menampung keperluan penempatan setempat.
Mengakhiri lawatan, delegasi dibawa ke Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd salah satu anak syarikat KTPC yang menyediakan latihan dan kursus dalam melahirkan modal insan terlatih bagi memenuhi keperluan industri. YAB sempat meninjau suasakan persekitaran pembelajaran dan beramah mesra bersama pelatih disamping memberi semangat dan motivasi.
Diharapkan hasil daripada lawatan kerja ini dapat memperkukuhkan lagi sokongan dari pihak Menteri Besar Kedah dan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan lagi pembangunan KHTP.